Saturday, May 5, 2012

Penawar Hati


Nama asalnya ialah Penawar Bagi Hati yang dihimpunkan oleh Syeikh Abdul Kadir Bin Abdul Mutalib al-lndonesial-Mandili di Tanah Suci Mekah pada tanggal 7 Rejab, 1378 Hijriah. Kitab ini diubah suai/diadaptasikan supaya lebih mudah dipelajari dan difahami. la disusun sebagai permulaan kepada ilmu tasawuf bagi menyampaikan kepada pengosongan hati daripada yang lain daripada Allah Taala dan menghiasinya dengan hanya memandang kepada Allah Taala Tuhan sekalian alam, dengan cara membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji untuk membawanya kepada pembersihan hati daripada segala sifat kecelaan. Kitab ini sesuai dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat, sama ada orang awam dan para pelajar di peringkat permulaan. Dan kitab ini mengandungi pendahuluan dan tiga bab :

Bab 1 : Anggota yang tujuh (7 Fasal) iaitu fasal mata, fasal telinga, fasal lidah, fasal perut, fasal faraj, fasal tangan dan fasal kaki

Bab 2 : Jantung hati (10 Fasal) iaitu fasal sangat rakus terhadap makanan, fasal rakus dalam berkata-kata, fasal marah, fasal dengki, fasal kikir dan kasih kepada harta, fasal kasih kepada kemegahan, fasal mengasihi dunia, fasal membesarkan diri, fasal ujub dan fasal riak.

Bab 3 : Perangai yang dipuji (10 Fasal) iaitu fasal taubat, fasal takut kepada Allah Taala, fasal zahid, fasal sabar, fasal syukur, fasal ikhlas, fasal tawakal, fasal kasih kepada Allah Taala, fasal redha dengan qadak Allah Taala dan fasal mengingati mati.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment