Sunday, November 3, 2013

Al-Yawaaqiit Wa Al-Jawaahir



               
Harga Semenanjung : RM 14.00 
Harga Sabah & Sarawak : RM 16.00


Kitab ini dikarang oleh Abu Al-Mawahib Bin Ahmad Bin Ali Al-Anshaari. Beliau masyhur dengan nama As-Sya’araani, seorang yang alim, zahid, fakih, ahli Hadis, pengikut Imam Al-Syaafi’l, pengamal tarekat Syazili, seorang ahli sufi, digelar Al-Quthub Ar-Rabbaani. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berusia lapan tahun. Senantiasa tekun bersembahyang lima waktu pada waktunya. Sebelum baligh, beliau pernah menghabiskan bacaan keseluruhan kitab suci Al-Quran dalam satu rakaat sembahyangnya. Beliau menghafaz pelbagai matan ilmu, antaranya Matan Abu Syujaa’ dalam ilmu fikah Asy-Syafi’iyah, Matan Al-Ajurrumiyah dalam ilmu nahu dan  lain-lain. Kedua-dua pelajaran itu beliau berguru dengan saudaranya Abdul Kadir yang menjaganya selepas kematian bapanya. Kemudian beliau berpindah ke Kaherah pada tahun 911 Hijrah. Dan umurnya ketika itu 12 tahun.

Beliau memberitahu jumlah guru-gurunya sekitar 50 orang dan beliau mengarang lebih daripada 300 buah buku dalam pelbagai tajuk. Antara buku-buku itu ialah kitab ini : Al-Yawaaqiit Wa Al-Jawaahir. Buku ini dibahagikan kepada 12 bab seperti berikut :
BAB 1 : Seksaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang.
BAB 2 : Seksaan Bagi Orang Yang Menderhakai Ibu Bapanya.
BAB 3 : Seksaaan Bagi Orang Yang Meminum Arak Dan Tuak.
BAB 4 : Seksaan Bagi Orang Yang Berzina.
BAB 5 : Seksaan Bagi Orang Yang Meliwat.
BAB 6 : Seksaan Bagi Orang Yang Memakan Riba.
BAB 7 : Seksaan Bagi Yang Meratapi Dan Pahala Bagi Yang Bersabar Atas Bala.
BAB 8 : Seksaan Bagi Orang Yang Menegah Zakat.
BAB 9 : Seksaan Pembunuh Dan Pemutus Keluarga.
BAB 10 : Hak Perempuan Atas Suaminya.
BAB 11 : Huru-Hara Pada Hari Kiamat.
BAB 12 : Sifat Syurga Dan Ahli-Ahlinya.