Sunday, November 3, 2013

Al-Yawaaqiit Wa Al-Jawaahir



               
Harga Semenanjung : RM 14.00 
Harga Sabah & Sarawak : RM 16.00


Kitab ini dikarang oleh Abu Al-Mawahib Bin Ahmad Bin Ali Al-Anshaari. Beliau masyhur dengan nama As-Sya’araani, seorang yang alim, zahid, fakih, ahli Hadis, pengikut Imam Al-Syaafi’l, pengamal tarekat Syazili, seorang ahli sufi, digelar Al-Quthub Ar-Rabbaani. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berusia lapan tahun. Senantiasa tekun bersembahyang lima waktu pada waktunya. Sebelum baligh, beliau pernah menghabiskan bacaan keseluruhan kitab suci Al-Quran dalam satu rakaat sembahyangnya. Beliau menghafaz pelbagai matan ilmu, antaranya Matan Abu Syujaa’ dalam ilmu fikah Asy-Syafi’iyah, Matan Al-Ajurrumiyah dalam ilmu nahu dan  lain-lain. Kedua-dua pelajaran itu beliau berguru dengan saudaranya Abdul Kadir yang menjaganya selepas kematian bapanya. Kemudian beliau berpindah ke Kaherah pada tahun 911 Hijrah. Dan umurnya ketika itu 12 tahun.

Beliau memberitahu jumlah guru-gurunya sekitar 50 orang dan beliau mengarang lebih daripada 300 buah buku dalam pelbagai tajuk. Antara buku-buku itu ialah kitab ini : Al-Yawaaqiit Wa Al-Jawaahir. Buku ini dibahagikan kepada 12 bab seperti berikut :
BAB 1 : Seksaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang.
BAB 2 : Seksaan Bagi Orang Yang Menderhakai Ibu Bapanya.
BAB 3 : Seksaaan Bagi Orang Yang Meminum Arak Dan Tuak.
BAB 4 : Seksaan Bagi Orang Yang Berzina.
BAB 5 : Seksaan Bagi Orang Yang Meliwat.
BAB 6 : Seksaan Bagi Orang Yang Memakan Riba.
BAB 7 : Seksaan Bagi Yang Meratapi Dan Pahala Bagi Yang Bersabar Atas Bala.
BAB 8 : Seksaan Bagi Orang Yang Menegah Zakat.
BAB 9 : Seksaan Pembunuh Dan Pemutus Keluarga.
BAB 10 : Hak Perempuan Atas Suaminya.
BAB 11 : Huru-Hara Pada Hari Kiamat.
BAB 12 : Sifat Syurga Dan Ahli-Ahlinya.

Monday, June 17, 2013

Hidayah Mustafid


                           Edisi Rumi RM 5.00           Edisi Jawi RM 5.00

Hidayah Al-Mustafid Fi Ahkaam At-Tajwid

Kitab ini dikarang oleh Syeikh Muhammad Mahmud An-Najjar yang berpengalaman luas dalam mendidik anak-anak dalam pengajian Al-Quran. Ia datang dalam bentuk soal jawab mengenai hukum-hukum tajwid sesuai dipelajari oleh anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. 


Kitab ini mengandungi :
- Hukum istiazah dan basmalah
- Hukum nun mati dan tanwin
- Hukum mim mati 
- Hukum mim dan nun yang bertasydid
- Hukum al-makrifah syamsiah / qamariah
- Hukum lam yang jatuh pada fi'il
- Hukum idgham
- Hukum mad dan bahagiannya
- Hukum ra'
- Qalqalah
- Bilangan makhraj huruf
- Sifat-sifat huruf
- Bahagian wakaf
- Perkara-perkara yang haram, yang direka-rekakan oleh para qari dalam membaca Al-Quran
- Keadaan orang-orang salaf selepas khatam Al-Quran dan doa yang datang daripada Nabi S.A.W.

Uqud Al-Lujain



                                   Edisi Rumi RM 9.00         Edisi Jawi RM 9.00

UQUD AL-LUJAIN FI BAYAAN HUQUQ AZ-ZAUJAIN
(Pada Membicarakan Peranan & Tanggungjawab Suami dan Isteri)

Kitab ini adalah mengenai hak-hak dan tanggungjawab suami dan isteri yang dihimpunkan oleh Syeikh Muhammad Nawawi Al-Jaawi, iaitu Abu Abdullah atau Abu Al-Mu'thi Muhammad bin Umar Nawawi Al-Jaawi Al-Bintaani At-Tanaari Al-Misriyi, Al-Makkii As-Syaafi'ii As-Suufi.

Kitab ini mengandungi :

  1) Antara Dosa Besar :
    - Akibat menderhakai suami
    - Tanggungjawab dan hak suami terhadap isteri
    - Kewajipan suami mengajar isterinya
    - Pelbagai seksaan perempuan yang menderhakai suami di akhirat nanti
  2) Perempuan Jangan Menderhakai Suami
    - Menjaga diri supaya tidak dimarahi suami
    - Perempuan yang keluar rumah tanpa izin suami
    - Perempuan dilarang membantah suami dan menuntut cerai daripadanya
    - Berkahwin lain bukan alasan wajar untuk menderhakai suami
  3) Kelebihan perempuan yang menuruti suaminya
  4) Hak Suami Atas Isterinya
  5) Adab Lazim Atas Isteri
    - Memelihara dan membaikkan adabnya terhadap suaminya
  6) Kebinasaan Atas Suami Yang Mempunyai Isteri
    - Jangan menuruti isteri dalam perkara yang menyalahi syariat
  7) Biar Ada Perasaan Cemburu
    - Pentingnya ada perasaan cemburu bagi lelaki
    - 18 jenis dosa yang tidak diampuni pada malam Nisfu Syaaban
  8) Faedah Berkahwin Dan Kelebihannya :
    - Dapat anak
    - Memecahkan syahwat
    - Banyak menyelesaikan pengurusan rumah tangga
    - Menyukakan hati dan mententeramkannya
    - Dapat melawan hafa nafsu
  9) Memilih Calon Isteri Dan Calon Suami
10) Mengadakan Giliran Antara Isteri
11) Jangan Memutuskan Hubungan
12) Haram Memutuskan Keluarga
      - Faedah bagi orang yang menghubungkan keluarganya di dunia dan di akhirat