Saturday, May 5, 2012

Penawar Hati


Nama asalnya ialah Penawar Bagi Hati yang dihimpunkan oleh Syeikh Abdul Kadir Bin Abdul Mutalib al-lndonesial-Mandili di Tanah Suci Mekah pada tanggal 7 Rejab, 1378 Hijriah. Kitab ini diubah suai/diadaptasikan supaya lebih mudah dipelajari dan difahami. la disusun sebagai permulaan kepada ilmu tasawuf bagi menyampaikan kepada pengosongan hati daripada yang lain daripada Allah Taala dan menghiasinya dengan hanya memandang kepada Allah Taala Tuhan sekalian alam, dengan cara membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji untuk membawanya kepada pembersihan hati daripada segala sifat kecelaan. Kitab ini sesuai dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat, sama ada orang awam dan para pelajar di peringkat permulaan. Dan kitab ini mengandungi pendahuluan dan tiga bab :

Bab 1 : Anggota yang tujuh (7 Fasal) iaitu fasal mata, fasal telinga, fasal lidah, fasal perut, fasal faraj, fasal tangan dan fasal kaki

Bab 2 : Jantung hati (10 Fasal) iaitu fasal sangat rakus terhadap makanan, fasal rakus dalam berkata-kata, fasal marah, fasal dengki, fasal kikir dan kasih kepada harta, fasal kasih kepada kemegahan, fasal mengasihi dunia, fasal membesarkan diri, fasal ujub dan fasal riak.

Bab 3 : Perangai yang dipuji (10 Fasal) iaitu fasal taubat, fasal takut kepada Allah Taala, fasal zahid, fasal sabar, fasal syukur, fasal ikhlas, fasal tawakal, fasal kasih kepada Allah Taala, fasal redha dengan qadak Allah Taala dan fasal mengingati mati.
Posted by Picasa

Syarah Hikam Jilid 2


Kitab ini diubahsuaikan daripada bahasa Melayu lama kepada bahasa Malaysia. Ia disalin daripada Syarah Kitab Hikam (Jawi) oleh Tok Pulai Manis, Terengganu yang diterjemahkan daripada Kitab Hikam berbahasa Arab yang dikarang oleh Imam Tajuddin Abu al-Fadhil Ahmad bin Muhamad bin Abdul Karim bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Ahmad bin Isa bin al-Husein bin Athaillah al-Sakandari al-Maliki al-Syazili yang dirahmati Allah sekaliannya.

Nama Tok Pulai Manis ialah Syeikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Kahar bin Syarif Muhamad al-Baghdadi. Beliau dikatakan berasal daripada keluarga pembesar Kota Baghdad, kemudian menjadi pendakwah sehingga ke Asia Tenggara kemudian menetap di daerah Kuala Berang, Ulu Terengganu. Dan nama Tok Pulai Manis itu mengambil sempena tempat kediaman barunya iaitu Kampung Pulau Manis, lebih kurang 15km dari Kuala Terengganu.

Beliau dipercayai mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri, kemudian melanjutkan pelajarannya ke Aceh, Jawa dan Mekah al-Mukarramah. Antara gurunya yang masyhur ialah Syeikh Abdul Rauf Sengkel di Aceh. Manakala di Mekah antaranya Syeikh Ibrahim bin Hasan bin Syihabuddin al-Syafei. Beliau sangat menggemari ilmu tasawuf dan amalan tarikat Syaziliah.

Manakala Ibnu Athaillah al-Sakandari adalah anak kelahiran Iskandariah Mesir. Beliau digelarkan dengan pelbagai gelaran seperti mahkota agama, wali rabbani dan lain-lain. Beliau seorang tokoh agama yang sangat terkenal mahir dalam ilmu kalam, mengamalkan tarikat Syaziliah, menghimpunkan pelbagai ilmu daripada ilmu tafsir, hadis, nahu, usul fikah dan lain-lain. Antara gurunya ialah Abu al-Abbas al-Mursi iaitu murid kepada Abu al-Hasan al-Syazili (pengasas tarikat Syaziliah).

Antara buku-buku karangan Ibnu Athaillah al-Sakandari ialah :
·        الحكم
·        لطنف المنن
·        تاج العروس
·        مفتاح الفلاح
·        التنلتو ير فى إسقاط التدبير
·        القول المجر د فى الإسم المفرد

Kini Syarah Kitab Hikam ini tampil dalam bahasa dan susunan yang lebih mudah dipelajari dan difahami. Semoga lebih ramai dan lebih cepat lagi para pelajar mendapat manfaat daripadanya.
Posted by Picasa

Syarah Hikam Jilid 1


Kitab ini sesuai ditatapi oleh orang yang berpendidikan pertengahan dalam bidang agama dan juga bagi mereka yang ingin membersih hatinya serta mendekati Allah :
  • Jangan berpegang kepada usaha sendiri, biar Allah mentadbir dirimu
  • Jangan ragui janji Allah
  • Ikhlas kepada Allah, elakkan daripada kepentingan diri
  • Allah tidak terhijab
  • Jangan menunggu kelapangan untuk melakukan kebaikan
  • Setiap nafasmu, ada takdir Allah atasmu
  • Sifat dunia itu menyusahkan
  • Yang zahir itu cermin bagi batin
  • Bersifatlah dengan sifat kehambaan
  • Bahaya menuruti nafsu
  • Pohonkan hajat itu kepada Allah jua
  • Berbaik sangka kepada Allah
  • Jangan bersahabat dengan orang yang lebih jahat
  • Jangan tinggalkan zikir walaupun tiada hadir hati
  • Tanda-tanda mati hati
  • Dosa kecil jadi besar, dosa besar jadi kecil
  • Nur itu tentera hati, keliru itu tentera nafsu
  • Kembalilah kepada Allah sebelum diuji dengan bala
  • Takutilah daripada istidraj dalam nikmat
  • Kenapa akhirat tempat pembalasan bagi orang mukmin
  • Sukacita lebih ditakuti daripada dukacita
  • Lipatan jarak yang hakiki
  • Adakalanya maksiat lebih baik daripada ketaatan
  • Petanda Allah ingin berjinak denganmu, direnggangmu daripada manusia
  • Bagaimana cara meringankan rasa kepedihan bala
  • Manusia itu tidak sabar melihat Allah, lalu dizahirkan sifatNya
  • Sembahang itu menyucikan hati dan membuka yang ghaib
  • Jika ingin mencarikkan adat
  • Engkau dimuliakan orang kerana eloknya tutupan Allah terhadapmu
  • Allah jua yang zahir dan yang batin
  • Celakan dirimu bila kamu dipuji dan puji Allah bila kamu dipuji
  • Ada kalanya dukacita itu lebih baik daripada sukacita
Posted by Picasa

Munyatul Musolli


Kitab Munyatul Musolli begitu popular dikalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir 200 tahun yang lalu. Kini nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang.

Ia mengandungi perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjemaah, sembahyang jumaat dan hukum meninggalkan sembahyang. Juga mengandungi kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungjawabnya. Di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah munafik dan masbuk  

Posted by Picasa

Mutiara Ilmu Aqidah


Mutiara Ilmu Aqidah, nama asalnya Faridah al-Faraid Fi Ilmi al-Aqaid. Ia sebuah kitab kecil yang sangat masyhur di kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok, di madrasah-madrasah dan surau-surau terutamanya di kawasan selatan Thailand dan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Kitab ini membicarakan ilmu aqidah yang asas, sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan orang awam.

Ramai orang berminat mempelajari kitab ini, tetapi ramai pula yang tidak sempat menghabiskannya atau habis dipelajari tetapi tidsak dapat memahami kandungannya kerana kesukaran bahasanya. Oleh kerana tiada pihak yang cuba memperbaharui bahasanya, maka saya memudahkan bahasanya agar lebih senang difahami.

Kitab ini menganduni takrif ilmu tauhid dan agama, aqidah yang wajib diketahui, sifat-sifatnya yang wajib diketahui secara terperinci, 40 bahagian sifat-sifat Allah, sifat wajib bagi sekalian rasul, tempat himpunan sifat-sifat Allah dan rasul, beriman kepada nabi dan rasul, lain-lain yang wajib diketahui bagi nabi kita, kewajipan memelihara diri daripada riddah dan tuntutan bertaubat.
Posted by Picasa

Hidayah Salikin



Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad al-palembani yang mengandungi mukadimah membicarakan tentang kelebihan ilmu. Manakala kandungannya membicarakan tentang :
  • Bab 1 : Aqidah ahli Sunah wal Jamaah
  • Bab 2 : Berbuat taat dan ibadah yang zahir. Bab ini mengandungi 12 fasal
  • Bab 3 : Menjauhi maksiat zahir
  • Bab 4 : Menjauhi maksiat batin. Bab ini mengandungi 10 fasal
  • Bab 5 : Segala ketaatan batin. Bab ini mengandungi 10 fasal
  • Bab 6 : Fadilat zikir, adab dan peraturannya. Bab ini mengandungi 3 fasal
  • Bab 7 : Adab persahabatan dan pergaulan antara pencipta dan yang diciptakan. Bab ini mengandungi 4 fasal
Sebagai penutup, kitab ini menyentuh mengenai adab persahabatan dengan yang dikenali dan yang tidak dikenali. Diakhiri dengan suatu tatimah. Kitab ini merupakan pelajaran tasawuf di peringkat permulaan. Ia sesuai dipelajari oleh orang awam dan pelajar peringkat sekolah menengah.
Posted by Picasa

Sirajul Qari






Kitab ini ditulis semula dari bahasa lama loghat al-Fathani kepada bahasa Malaysia. Ia mengandungi hal-hal tajwid dan hukum-hukumnya :
  • Hukum nun mati dan tanwin
  • Hukum mim mati
  • Mim dan nun yang bersabdu
  • Idgham mislain
  • Idgham mutaqaribain
  • Lam takrif
  • Tafkhim dan tarqiq ra
  • Tarqiq dan Tafkhim lam
  • Makhraj huruf dan sifatnya
  • Sifat-sifat huruf
  • Pembahagian huruf-huruf dan sifat-sifatnya
  • Mad mutasil dan munfasil
  • Mad lazim
  • Mad aridh
  • Mad lin
  • Ha ganti nama (Ha Dhamir)
  • Wakaf dan ibtida'
  • Bahagian-bahagian wakaf
  • Cara wakaf di akhir kalimah dan pada yang bersabdu
  • Fasal bahagian ibtida'
  • Penulisan al-Quran
  • Faedah tentang al-Quran
  • Adat khatam al-Quran
Kitab ini sesuai untuk dipelajari dan dimiliki oleh pelajar-pelajar peringkat menengah, guru-guru agama, guru-guru J-Qaf, juga pengadil-pengadil musabaqah al-Quran peringkat daerah dan negeri
Posted by Picasa

Wisyah Afrah



Kitab ini menjelaskan :
  • Rukun-rukun Iman dan Islam serta beberapa hadis yang menakuti orang yang meninggalkan sembahyang
  • Hukum bersuci, istinjak, mengambil wuduk, mandi junub, mandi haid dan nifas serta segala mandi sunat dan hukum tayammum
  • Hukum-hukum haid , nifas, istihadah
  • Menghilangkan najis
  • Syarat-syarat sembahyang, rukun-rukun dan perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi
  • Sembahyang sunat dan berjemaah
  • Sembahyang qasar, jamak dan jumaat
  • Sembahyang hari raya, sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan
  • Sembahyang jenazah
  • Doa-doa selepas sembahyang
  • Wirid-wirid daripada Rasulullah, para sahabat dan orang-orang salih yang terdahulu
  • Doa pelihara iman
Posted by Picasa

Bidayah Mubtadi



Kitab ini dikarang kira-kira 200 tahun yang lalu oleh seorang ulama yang sangat terkenal berbangsa Banjar dari Kalimantan. Beliau juga mengarang Kitab Sabilaal-Muhtadin li al-Tafaquh fi al-Din.

Kitab ini sesuai dipelajari oleh kanak-kanak dan orang awam. Bahagian pertama mengandungi aqidah keimanan iaitu sifat 20, fasal iman, fasal Islam dan fasal syahadah. Bahagian kedua mengandungi kitab bersuci, fasal qadak hajat, fasal bersuci, fasal najis, fasal bersugi, fasal wuduk, fasal wajib mandi, fasal syarat bertayammum, fasal haid, istihadah dan nifas, fasal waktu sembahyang, fardu sembahyang, sunat-sunat dalam sembahyang, sunat-sunat selepas sembahyang, perkara yang membatalkan sembahyang, kiifiat sembahyang orang yang musafir, sembahyang jumaat, sembahyang ketakutan, pemakaian sutera dan emas, bab jenazah, zakat, puasa, ibadat haji, qurban, aqiqah sembelihan dan binatang yang halal dan haram dimakan.  
Posted by Picasa

Panduan Belajar Mengikut Kaedah Islam



Nama asal buku ini adalah Taalim Mutaalim Thariqa Taalum, yang bererti: "mengajar pelajar cara-cara belajar". Selepas diterjemahkan saya menamakannya : Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam, memandangkan keseluruhan kandungannya berdasarkan Kaedah Islam.

Ia adalah sebuah risalah yang amat bernilai, dikarang oleh Syeikh Borhanudin al-Zarnuji, yang wafat kira-kira 620 Hijriah dan buku ini diperjelaskan dengan teliti dan menyeluruh oleh Syeikh Ibrahim bin Ismail. Ia mengandungi 13 fasal iaitu :
  • pengertian ilmu, ilmu fiqh dan kelebihannya
  • niat ketika belajar
  • pemilihan ilmu, guru, rakan belajar dan tumpuan pelajaran
  • pemuliaan ilmu dan ahli-ahlinya
  • kegigihan, ketekunan dan ketinggian cita-cita
  • teks, kadar dan tertibnya
  • tawakal
  • waktu belajar
  • keinginan kebaikan dan nasihat
  • berusaha mendapatkan ilmu
  • warak ketika belajar
  • perkara yang membantu ingatan dan yang melupakannya
  • perkara yang menambahkan rezeki dan yang menghalangnya
  • perkara yang melanjutkan usia dan yang mengurangkannya
Di bahagian akhir buku ini, dimuatkan lampiran mengenai panduan belajar yang dipetik daripada beberapa sumber pada akhir 1980an untuk dijadikan pelengkap kepada kandungan risalah tersebut.
Posted by Picasa

Fadhilat Amalan Berdasarkan Hadis


Tajuk asal buku ini ialah Kitab al-Lubab yang dikarang oleh Syeikh Muhyidin Achi. Ia mengandungi fadhilat amalan yang dipetik dari pelbagai hadis Nabi s.a.w. Antaranya ialah :

1. Kelebihan ilmu dan ulama
2. Kelebihan menyebut
3. Kelebihan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
4. Kelebihan berwuduk 
5. Kelebihan bersugi
6. Kelebihan berserban
7. Kelebihan berpuasa
8. Kelebihan berzakat
9. Kelebihan beristighfar
10. Kelebihan merendah diri
11. Kelebihan diam
12. Kelebihan menyebut-nyebut kematian
13. Kelebihan bersabar

Buku ini sesuai dipelajari oleh anak-anak di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan juga orang awam.
Posted by Picasa

Bimbingan Sembahyang Istikharah, Hajat, Jenazah & Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa



Buku ini menerangkan cara-cara melakukan sembahyang istikharah, hajat dan jenazah di ikuti dengan doa-doa selepas solat berkenaan.

Ia juga menerangkan kaifiat dan kelebihan membaca surah yasin dan cara-cara melakukan tahlil arwah serta doanya.

Seterusnya di ikuti dengan doa-doa mustajab untuk menjaga keselamatan tubuh badan dan harta benda daripada manusia dan binatang buas. Juga mengandungi doa untuk kesembuhan penyakit, murah rezeki dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Buku ini sesuai untuk dimiliki dan dibaca oleh para pelajar dan orang awam. 
Posted by Picasa

Matan Bina



متن البناء والأساس
هذا الكتاب يحتوى على كتابين:
·  كتاب متن البناء والأساس.
·  وكتاب متن تصريف العزى.

متن البناء والأساس يحتوى على أبواب التصريف:
1 - للثلاثى المجرد 6 أبواب.
2 - للثلاثى المزيد 12  أبوابا.
3 - للرباعى المجرد باب واحد.
4 - للملحق بالرباعى 6 أبواب.
5 - للرباعى المجرد المزيد 3 أبواب.
6 - لملحق  تدحرج 5 أبواب.
7 - لملحق احرنجم بابان.

متن تصريف العزى.
1 - تقسيم الفعل إما ثلاثى وإما رباعى.
2 - فصل فى أمثلة تصريف هذه الأفعال.
- الماضى.
- والمضارع.
- فاء افتعل.
- إلحاق النون وحذفها.
- ويفتح مع النونين آخر الفعل ويضم ويكسر إذا.....
- اسم الفاعل والمفعول من الثلاثى المجرد. 
- ما زاد على الثلاثى.
- استواء لفظ الفاعل والمفعول.
3 - فصل فى المضاعف.
- فصل فى المعتلّ: معتل الفاء, معتل العين, معتل اللام, 
    معتل العين واللام, معتل الفاء واللام, معتل الفاء والعين, 
    معتل الاء والعين واللام.
5 - فصل فى المهموز.
6 - فصل فى بناء اسمى الزمان والمكان.
7 - اسم الآلة وبناء المرة.

 
Posted by Picasa